Saturday, October 8, 2011

Tip Sentiasa Ceria di Tempat Kerja




BERADA DI TEMPAT KERJA DARI JAM 9 PAGI SEHINGG A 6 PETANG PASTINYA  MEMBUATKAN KAMU KELETIHAN DAN LESU. KELETIHAN INI JUGA KADANG -KADANG BOLEH MEMBERIKAN KESAN MOOD KEPADA DIRI KAMU. MOOD SESEORANG ITU PENTING KETIKA MELAKUKAN SESUATU KERJA DI SAMPING UNTUK MENING KATKAN SESUATU PRODUKTIVITI KERJA!

BERFIKIRAN POSITIF


Cuba berfikiran positif tidak kira apa jua yang kamu lakukan. Memang  perkara ini mudah untuk dikatakan, namun payah untuk diaplikasikan. Walau bagaimanapun, pekerjaan yang memerlukan kamu memenuhi deadline dan juga pelbagai tekanan lain, pastinya membuatkan kamu berasa sugul di tempat kerja. Malah ada juga yang terbawa-bawa emosi ini sehingga pulang ke rumah. Tahukah kamu, tekanan mampu membuatkan keseluruhan badan dan juga otak kamu  keletihan? Jadi, cubalah untuk berfikiran positif kerana setiap apa yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.
 
HIASI MEJA

Hiasi meja kamu dengan barangan yang boleh menceriakan hidup kamu. Contohnya gambar-gambar yang boleh membuatkan kamu mengimbau kenangan manis bersama teman baik kamu. Ketika keletihan atau tertekan dengan tuntutan kerja yang bertimbun-timbun, melihatkan gambar-gambar tersebut pastinya boleh membuatkan kamu tersenyum lebar kala teringatkan kenangan itu semula! Atau mungkin kamu boleh menghiasi meja kamu dengan pelbagai bunga-bunga segar yang pastinya memberikan keharuman dan semangat kepada kamu. Malah mungkin juga boleh menarik perhatian kamu dengan rona bunga kegemaran kamu itu.

BERPAKAIAN RONA CERIA

Cara dan rona pakaian  juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan sesuatu mood di tempat kerja.Walaupun tempat kerja kamu mengehadkan rona seperti coklat gelap, hitam, kelabu, putih dan pelbagai rona kusam lain untuk ke tempat kerja, namun ia tidak menghalang kamu untuk tampil ceria.  Mungkin kamu boleh menyuaipadankan skarf rona terang sepertikuning, merah ataupun hijau pucuk pisang  bersama rona pakaian yang ditetapkan oleh tempat kerja kamu.  Atau mungkin kamu boleh menggayakan tas tangan dengan pilihan rona-rona seperti yang dinyatakan tadi. Dengan ini, kamu masih boleh tampil ceria, kemas serta formal bukan?

PERAMAH

Untuk memiliki sifat ini mungkin agak  susah buat seseorang yang sememangnya pemalu, bukannya sombong ya! Menjadi peramah adalah penting di tempat kerja untuk memberikan kamu mood ceria. Ini kerana apabila kamu menjadi seseorang yang memiliki sifat ini, rakan-rakan sekerja akan mudah untuk bergurau-senda dengan kamu. Malah mungkin dengan gurau-senda rakan-rakan ini mampu membuatkan kamu tampil senyum dan ceria kala hati gundahgulana. Jika kamu tidak mempunyai sifat ini, maka rakan-rakan lain agak kekok untuk bertegur-sapa dengan kamu apatah lagi ingin membuatkan kamu tersenyum!
 

BERSEMANGAT

Akhir sekali pastinya semangat itu penting bagi membolehkan kita sentiasa tampil ceria.  Jika kita merasakan diri kita serba tidak kena, ini pastinya membuatkan diri kita tampak sugul.  Untuk tampil bersemangat, mungkin setiap pagi kita boleh menyenaraikan perkara yang perlu dan akan kita lakukan pada hari itu.  Dengan ini, kita pasti akan bersemangat kerana kita sudah tahu apa yang akan kita lakukan berdasarkan senarai yang telah kita buat.  Bila sudah bersemangat, pasti prestasi kita turut sama cemerlang, pasti prestasi kerja kita turut sama cemerlang dan meningkat.  Baharulah kita boleh menjadi seorang pekerja yang "CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG"


When i read this entry, ianya banyak membantu aku (walaupun tak banyak), akan selalu menjadi Reference untuk hari-hari yang mendatang.

9 comments:

lilydamia said...

mulakan harimu dengan ceria.... Hai i follow u , plz follow back heheheh

Iwanski said...

semangat lagi kalau ade makwe cun kat tempat keje... hee.. =)

Dr Zatiel Ismail said...

hi. dah follow. thanks berkunjung ke my blog ^^

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

Thanks lilydamia cause follow .... i already follow u.. =)

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

hye Iwanski ... yes, exactly.. kalo ade awek, 2x ganda 2.. hahaha

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

thanks Zatiel ... your blog so nice la ..=)

kakuzu said...

thanks follows..... semoga berjaya dalam kerjaya

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

Thanks Kakuzu.. you 2 ok.. smoga kte semua berjaya dlam bidang masing2..

fairus said...

I LIKE... :)

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...