Friday, December 31, 2010

Safee Sali Menjadi Rebutan



KHAMIS, 30 Disember : Rata-rata penyokong skuad Harimau Malaya bergembira dan berpesta apabila skuad kebangsaan berjaya menewaskan Sang Garuda di Gelora Bung Karno (GBK), Senayan dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2. Sekali gus, melakar sejarah baru buat arena bola sepak tanah air.

Kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan. Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan.

Malah pengurus pasukan Real Madrid, Jose Morinho dan pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat Safee Sali bagi menguatkan jentera hadapan masing-masing.

Kedua-dua pengurus pasukan itu menyatakan hasrat mereka setelah diwawancara oleh BBC dalam sebuah rancangan bola sepak. Sir Alex Ferguson dengan berseloroh menyatakan khidmat Van de Sar tidak lagi diperlukan sekiranya Khairul Fahmi bersetuju untuk bersama-samanya dalam kancah bola sepak inggeris.

Sementara itu, bagi Jose Morinho, permain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan itu tidak wajar diberikan buat kapten pasukan Indonesia, Firman Utina, kerana pada pandangan beliau Norshahrul Idlan Talaha lebih layak kerana menunjukkan persembahan yang konsisten sepanjang kejohanan. Tambah beliau lagi Norshahrul merupakan tonggak dan penjana kepada gol-gol yang dijaringkan oleh Malaysia sepanjang perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

Pujian yang tinggi harus diberikan buat skuad Harimau Malaya yang membuktikan mereka sebenarnya adalah jaguh di Asia Tenggar dan mampu bersaing di pentas antarabangsa. TAHNIAH!!!



Masa baca Artikel nie, agak terkejut juga. kalau ini lah cerita kat muka belakang Harian Metro benar kompem ramai yang mati terkejut.. Aisshh....

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...