Wednesday, October 20, 2010

MASALAH: TERUS KE ALAM KERJAYA ATAU SAMBUNG PENGAJIAN? YANG MANA SATU LEBIH SESUAI? BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK DEMI HARI ESO


Dewasa ini, ramai fresh graduan dari university atau kolej yang sedikit kebigungan tentang masalah sama ada nak terus bekerja atau sambung belajar? Sebenarnya terpulang pada individu tersebut, pepatah ada mengatakan “TEPUKLAH DADA TANYA SELERA” atau “TEPUKLAH HATI DAN TANYA SANUBARI”. Individu itu sendiri yang berhak membuat pilihan. Yang paling utama adalah membuat keputusan yang terbaik buat diri individu itu sendiri bukannya untuk orang lain. Disini aku nak share “KESAN POSITIF & KESAN TIDAK ELOK TERUS KE ALAM KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN ATAU JIKA MAHU MENYAMBUNG PENGAJIAN KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI”????


KESAN POSITIF JIKA TERUS KE LAMA KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.

- Dapat menimba pengalaman hidup secepat mungkin.

- Dapat membina dasar karier anda secepat mungkin.

- Dapat memperoleh sumber pendapat anda sendiri, AKHIRNYA!!!

- Dapat belajar di luar kampus atau jarak jauh dengan pengalaman baru.

- Dapat member focus kepada rancangan peribadi anda seperti berkahwin, membeli kereta atau rumah dan lain-lain lagi.

KESAN KURANG ELOK JIKA TERUS KE ALAM KERJAYA SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.


- Anda mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk naik pangkat kerana tiada kelayakkan, melainkan…..

- Pengajian mungkin agak sukar apabila situasi hidup berubah (misalnya terlalu banyak kerja perlu dilakukan, tanggungjawab terhadap anak yang ramai atau isteri, terpaksa mencari lebih wang kerana mahu cepat membayar hutan dan lain-lain)


KESAN POSITIF JIKA ANDA MAHU MENYAMBUNG PENGAJIAN KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI.


- Dapat menghabiskan penggajian di tahap yang lebih tinggi (TENTUNYA!!!!)

- Dapat memilih bidang kepakaran baru untuk didalami secepat mungkin.

- Dapat meneruskan usaha untuk mencari ilmu dan pengetahuan berguna (mungkin)

- Dapat menebalkan RESUME anda dengan aktiviti-aktiviti baru di kampus baharu pula.

- Dapat pendedahan dan pengalaman berguna untuk membuat perancangan peribadi baharu selepas lulus pengajian kelak.


KESAN KURANG ELOK JIKA ANDA MAHU MENYAMBUNG PENGAJIAN KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI.

- Kalau tidak berwang, terpaksalah anda menambahkan hutang pinjaman pelajaran.

- Mungkin membuatkan anda mudah hilang tumpuan kerana anda belajar semata-mata untuk cepat mendapat kelayakan tambahan.

- Anda mungkin menjadi bosan, jelak dan muak kerana terpaksa meneruskan rutin hidup yang lama seperti di sekolah atau kolej atau university.

Akhir kata, individu itu sendiri yang harus memikirkan apa yang terbaik untuk masa hadapannya.


No comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...