Saturday, October 16, 2010

Bergaya Dengan Pemakaian Aksesori (LELAKI)


"Hey, guys!’ Sudah tentu anda seorang yang suka bergaya bukan? Dan sememangnya pemakaian aksesori melengkapkan gaya harian anda. Lelaki moden hari ini tidak lagi takut untuk memadankan aksesori dengan pakaian mahal mereka, namun sejauhmana pemilihan aksesori itu sesuai dengan gaya? Disini aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang panduan pemakaian dan jenis aksesori yang sesuai untuk anda (LELAKI).


1. Kaca mata gelap
Kaca Mata gelap membuatkan anda tampil lebih ‘cool’ dan sangat berguna apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung mata, kaca mata gelap antara aksesori lelaki yang menampilkan karisma seseorang. Sekiranya anda mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk wajah anda (bulat, bujuk, bersegi dan sebagainya).

2. Jam tangan
Lelaki yang gemar memakai jam tangan menunjukkan dirinya seorang yang mementingkan masa. Bagi seseorang lelaki juga, jam tangan berjenama mewah juga melambangkan prestij serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Jika anda memakai jam tangan, tidak perlu berlebih-lebih dengan memakai gelang tangan.

3. Gelang tangan
Bagi anda yang memilih gelang tangan sebagai aksesori untuk digayakan, pilihlah jenis yang ringkas tetapi unik rekaannya. Sama ada jenis perak mahupun kulit.

4. Kafling
Tidak ramai lelaki memakai kafling kecuali mereka yang berstatus eksekutif. Kafling melambangkan seseorang yang berjaya dalam kerjaya. Biasanya kafling digayakan bersama kemeja jenis French Cuff.

5. Topi
Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna untuk melindungi dari cuaca panas.Jika dilihat, fesyen hari ini menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan. Paling digemari lelaki adalah topi jenis baseball, namun ‘straw hat’ atau fedora kini semakin diminati.

6. Tali pinggang
Tali pinggang antara aksesori pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan hanya untuk mengetatkan seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen. Sama ada jenis formal mahupun kasual, tali pinggang pasti membuatkan gaya anda lebih menyerlah. Pilih dan pakai tali pinggang mengikut kesesuaian acara.

7. Tali leher
Tali leher antara aksesori pelengkap gaya ke pejabat. Biasanya tali leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza. Kini terdapat pelbagai pilihan warna dan corak tali leher yang boleh digayakan. Tali leher ‘skinny’ juga semakin popular bukan hanya untuk dipadankan dengan kemeja ke pejabat tetapi juga kemeja kasual.


1 comment:

Nur Azila Ismail said...

saya suka tengok lelaki yang gemar pakai aksesori di atas . nampak lebih stylo .

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...