Wednesday, October 20, 2010

BAGAIMANA MENGGAYAKAN KEMEJA?


Rata-rata persekitaran keraj di pejabat menetapkan pekerja lelaki memakai kemeja bukan? Walaupun setiap hari menyarungkan kemeja, namun masih ramai lagi yang tidak tahu memakainya dengan cara yang betul (termasuk aku sendiri) hehe.. Apa yang aku maksudkan disini, hanya menyarungkan kemeja tanpa memikirkan soal pemilihan fabrik, potongan, saiz dan sebagainya. Mengapa sesetengah orang memakai kemeja kelihatan begitu menarik, sedangkan anda Nampak selekeh? Disini aku nak share tentang ‘Panduan mudah serta cepat agar anda kelihatan segak apabila memakai kemeja ke pejabat.

- Tidak kira kemeja anda pakai sama ada berjenama atau tidak, murah atau mahal, apa yang penting ialah memastikan kemeja sentiasa digosok sebelum memakainya. Jangan biarkan kedutan pada kemeja mengganggu penampilan. Jadi, pastikan anda mengosok depan, belakang, lengan serta pergelangan kemeja sebelum memakainya.

- Untuk mengelak kedutan pada kemeja selepas digosok, gantungkan kemeja pada penyangkut baju. Pastikan anda membutangkannya supaya tidak terlucut dari penyangkut baju.
Untuk mengelak peluh melekat pada kemeja, pastikan anda memakai singlet atau baju dalam berwarna putih. Peluh akan meresap pada pakaian dalam anda.

- Butangkan kemeja anda dari bawah hingga atas. Sekiranya anda memakai tali leher ke pejabat, pastikan anda membutangkan butang paling atas pada kemeja.
Pastikan anda memasukkan atau tuck in hujung kemeja ke dalam seluar, dan kemudian membetulkannya untuk keselesaan. Pastikan juga ia tidak terlalu ketat atau terlalu longgar agar memberi keselesaan kepada anda memakainya sepanjang hari.

- Butangkan pergelangan kemeja anda. Jika anda memakai kemeja jenis French cuff, pastikan anda memakai kafling yang melambangkan personality tetapi biarlah nampak formal.
Jangan sesekali menyinsingkan lengan kemeja sehingga ke paras siku. Bukan sahaja Nampak tidak kemas, malah membuatkan kemeja berkedut.

- Akhir sekali, pastikan anda membuat sentuhan terakhir agar semuanya berada dalam keadaan kemas dan menarik sebelum melangkah masuk ke pajabat.

Walau apa pun warna atau corak kemeja yang anda pakai, mahal ke, apabila dipakai tidak mengikut procedure nya, ia akan membuat kita tidak selesa memakainya ia akan membuat kita kelihatan selekeh. Hope dengan “PANDUAN” yang aku kongsi ini, kita dapat manfaatkannya OK… =)





1 comment:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

size juga penting. lelaki yg pakai kemeja dgn size yg lbh besar dr badannya juga nampak tak menarik.. apapun sy suka tgk kalau hubby sy berpakaian keja.. kemeja putih & bertali leher. Dia lbh gemar kemeja yg berpotongan slim.. wah nampak menarik sgt.buat para isteri dok kt umah jd x senang

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...