Wednesday, October 20, 2010

12 CARA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

- Waktu tidur dan bangun anda mesti sama pada setiap hari termasuk pada hujung minggu atau hari cuti.

- Lakukan rutin yang lebih santai sebelum tidur seperti mandi, membaca majalah dan sebagainya.

- Ambil masa selama beberapa ketika untuk proses melegakan emosi anda sebelum tidur, misalnya menulis apa yang berlaku pada hari tersebut di diari atau pun berbual dengan orang yang rapat dengan anda.

- Sediakan buku log untuk anda mencatatkan hasil dari tidur berkualiti yang diperoleh. Bertujuna membantu anda mengumpul maklumat untuk memperbaiki corak tidur anda.

- Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan yang gelap (atau lampu hanya samar-samar), tenang, selesa dan selamat.

- Gunakan katil anda hanya untuk tidur sahaja, bukan aktiviti lain seperti menonton televisyen, makan dan sebagainya.

- Anda boleh makan hidangan yang ringan tetapi lengkap dengan karbohidrat sebelum tidur dan anggaplah ia sebagai snek sebelum tidur.

- Lakukan senaman ringan, tetapi beberapa jam sebelum tidur.

- Jauhkan jam loceng dari kepala anda dan juga katil.

- Elakkan nikotin (rokok), kafein (kopi, teh, coklat, minuman berkarbonat) dan alcohol sebelum tidur.

- Elakkan daripada melihat jam sekiranya anda terjaga ketika tidur kerana ia boleh membuatkan anda stress dan susah untuk tidur kembali.

- Tidur pada siang hari memang seronok, tetapi maksimumkan hanya 20 minit sahaja, itu pun sekadar untuk merehatkan mental dan fizikal.

No comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...