Monday, September 6, 2010

Salah ke kanak2 ke masjid?




Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia.

Satu fenomena biasa apabila tibanya Ramadhan, ibu bapa akan membawa anak mereka ke masjid untuk sama-sama beribadat. Di Malaysia, boleh dikatakan terdapat 2 golongan ibu bapa:

  1. Yang meninggalkan anak mereka di rumah
  2. Yang membawa anak mereka ke masjid
Hmm, yang mana rasanya yang lebih elok?

Bagi golongan pertama, mereka akan meninggalkan sahaja anak mereka bermain di rumah. Dan mereka sememangnya akan terganggu dengan ibu bapa yang membawa anak mereka ke masjid. Di dalam hati mereka mungkin terdetik:

  1. Bising betullah budak-budak ni. Asyik main sana sini

  2. Waa, annoying nya!
  3. Tak selesanya! Wahai ibu bapa, kalau rasa kedatangan dengan membawa anak-anak tu menyusahkan orang lain, lebih baik duduk je kat rumah…


Sebagai orang dewasa, sepatutnya kita sudah sedia maklum yang kanak-kanak memang suka bermain dan hyperaktif. Peliknya, mengapa hati dan mulut kita berkata-kata seperti kita tidak faham akan fitrah kanak-kanak. Huhu.


Adalah sebuah bentuk kejahatan terhadap anak jika, ayah/ibu tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara solat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk menafkahi anak-anaknya. Jika ayah/ibu berlaku seperti ini, keduanya telah melanggar perintah Allah di surat Thaha ayat 132 :



"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa".


Rasanya sudah jelas kepada kita bahawa kanak-kanak tidak perlu dihalang daripada turut ke dewan solat. Raikanlah mereka dengan memberikan salam, pelukan dan bergurau senda. Buatkanlah mereka gembira ketika berada di masjid. Ajarkan mereka solat dan adab-adab sewaktu di masjid.


Bisingnya mereka adalah disebabkan bisunya mulut dan tindakan kita memberi pendidikan kepada mereka. Mana mungkin seorang kanak-kanak yang jahil mampu mengetahui adab-adab di masjid sekiranya kita terlalu “tekun” beribadat sehingga mengabaikan tuntutan dakwah kita terhadap mereka.


Kesimpulannya, kepada yang begelar ibu bapa, ajaklah anak ke masjid. Bimbinglah dan raikanlah mereka. Semoga melekatnya hati-hati mereka di masjid, akan membuatkan mereka istiqamah dengan Islam sehingga akhir hayat mereka.





No comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...