Saturday, August 7, 2010

PARTY AVON 2010


Saturday, 07 August 2010, jam menunjukkan Pukul 7.00a.m, pagi yang aq nanti-nantikan? Nak tahu apa? Hari tue merupakan hari “PARTY AVON 2010”. Bila tengok saja pada nama party tersebut, dah boleh tahu yang party itu just for women tapi sebenarnya lelaki pun boleh follow. Party AVON pada kali ini bertemakan “KOBOI STYLE”. Aq tak follow tema tersebut kerana aq tak ada pakaian yang bertemakan KOBOI, jadi aq just pakai baju kemeja petak2 blue colour, seluar jeans & Kasut kulit black colour. Party tersebut diadakan di “LEGEND HOTEL”(Hotel bertaraf 5 STAR) kat KL, Sebelah dengan Shopping Complex “THE MALL”. First time juga datang kat HOTEL LEGEND nie. Hehehe…

HOTEL LEGEND nie cantik, dihiasi patung2 pahlawan China lama berwarna hijau. Sebahagian patung tersebut pecah(maybe keunikan patung tersebut kowt). Nak ambil gambar patung tue tapi tak di benarkan(takde peluanglah aq nak ambil gambar patung tue sebagai kenangan).

Sepanjang party tersebut diadakan, kitorang telah di beri group masing2 mengikut flag yang telah diberikan., Aq group Purple. Kesemua game yang ada, semuanya game yang lawak/lucu/kelakar. Game yang pertama aq just gelak biasa2 je, tapi bila start game yang ke-2, aq gelak tak henti2 sebab game tersebut(game Poco-Poco) memang lawak/lucu dimana setiap group kena ada 10 orang wakil untuk naik pentas untuk menari mengikut music yang dimainkan. Setiap music yang dimainkan berbeza2. Ada lagu RnB, Hindustan, Dikir Barat and not least music Dangdut. Music dangdut yang buat aq tak berhenti nak gelak. Hahahaha.. Memang lawak giler. Party tersebut juga ada Lucky Draw. Disamping itu juga, ada nyanyian daripada wakil AVON(merdu juga nyanyian wakil AVON tersebut/macam artis) hehehe.

Akhir aturcara, keseluruhan markah setiap group telah dibaca, dan group aq menduduki tempat ke-3, yang pertama group Green, ke-2 group Red, Ke-3 group Purple(group aq), ke-4 group blue, ke-5 group Orange and the last group is Yellow. Just group first saja yang akan dapat hadiah. Walaupun tak dapat hadiah keseluruhan & Lucky Draw, apa yang penting aq enjoy, gelak tak habis2, & happy. Beessstt Party nie, tahun hadapan nak follow lagilah (sekali follow nak lagi) hahaha.

Hari yang mengembirakan bagi aq. =)

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...