Sunday, August 15, 2010

Rahsia lelaki melalui bulan kelahiran



JANUARI

Lelaki ini sukar jatuh cinta. Tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai pasangannya. Dia juga mementingkan keluarganya dan akan mengatakan apa yang dia fikirkan. Tetapi apabila berkahwin, dia dikatakan agak cerewet perihal kewangan.

FEBRUARI.

Dia agak kurang romantik dan sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi boleh jadi pendiam pada suatu masa dan ini boleh mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwain kerana tidak suka terikat dengan komitmen.

MAC

Menarik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan sehingga menyebabkan dia sukar untuk menambat hati wanita. Sikap suka bertangguh menyebabkan dia lambat berkahwin. Tetapi dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi serta menghiburkan pasanganya.

APRIL

Padanya cinta adalah amat penting. Ketika mula bercinta bersikap baik hati, mudah jenaka dan bersuka ria tetapi apabila telah lama berkenalan mulai mencurigai pasangannya.

MEI

Dia mempunyai suara yang merdu dan mungkin menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati wanita. Lelaki ini ternanti-nantikan hari perkahwinannya dan akan memilih pasangan hidupnya dengan teliti agar rumah tangganya berpanjangan.

JUN

Dalam mencari pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, tidak pendiam dan cerdik. Paras rupa bukan menjadi keutamaan.

JULAI

Baginya kebahagiaan rumah tangga amat penting. Dia adalah suami yang setia, penyayang dan amat sukar untuk melafazkan penceraiaan. Jadi dia aaan bersedih jika rumah tangganya menghadapi masalah.

OGOS

Kehidupan cinta adalah penting kerana dengan adanya orang yang mengasihi membuatkan dirinya bahagia. Dia percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumah sebagai tempat berehat dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

SEPTEMBER

Dia adalh lelaki yang mementingkan kebijaksanaan dan kesempurnaan. Sifatnya itu membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan dan ini menjadikan dia bukan kekasih yang memuaskan hati pasangannya.

OKTOBER

Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi pembeli baju, wangian atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatiaan orang yang mencintainya atau sesiapa yang dianggap penting.

NOVEMBER

Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya. Dia suka jika dapat menunjukkan kuasa dan Nampak lebih domina dalam perhubungan. Manakala hal seksual, dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

DISEMBER

Dia seorang yang suka bergaul dan insane yang paling romantik. Lelaki ini mudah jatuh cinta kepada wanita. Tapi dia tidak suka terikat dalam jangka masa yang panjang. Kononnya ramai lelaki berbintang sagitarius dikatakan berkahwain lebih dari satu.

2 comments:

E.d.Y said...

bulan mac...macam ada betulnya..tp xpercaya sngt..khurafat kalau percaya benda2 macam ni

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

to E.d.Y. Betol tu, semua nie terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak percaya atau tak.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...