Thursday, August 12, 2010

11 Tips “CINTA SENTIASA ROMANTIK” yang boleh anda lakukan “BRO”…..


  1. Cuba menulis puisi cinta dan baca di hadapan kekasih yang tercinta dengan penuh romatik.


  2. Buat cakera padat (CD) khas dengan memuatkan beberapa buah lagu yang memberi makna kepada hubungan anda berdua.


  3. Sekali sekala buat kejutan dengan menjemputnya untuk makan tengahari atau beli makanan dan cari tempat yang sesuai dalam suasana yang penuh romantik.


  4. Jika pasangan anda ke luar daerah dalam tempoh tertentu atas urusan kerja, kirimkan bunga dan nota ringkas sebagai tanda sokongan kepadanya.


  5. Kirimkan mesej atau e-mel untuk menyatakan anda sangat cinta padanya.


  6. Jika anda pandai memasak, cipta satu resepi istimewa dan biarkan si dia mencubanya di hadapan anda. Tentu si dia amat bangga dan menghargai anda.


  7. Sekali sekala bawa pasangan anda menonton filem romantik di panggung.


  8. Tulis dan simpan detik indah anda berdua di dalam sebuah kotak khas. Anda boleh membacanya semula pada bila-bila masa bagi mengimbas kembali detik-detik indah yang telah dilalui bersama.


  9. Lakukan sesuatu yang romantik secara spontan seperti memetik bunga dan terus memberikan kepadanya sambil tersenyum.


  10. Buat satu laman web atau blog khas untuk dedikasikan buat pasangan. Tulis mesej ringkas di dalamnya pada setiap hari.


  11. Berdua berjalan di persisiran pantai atau tasik pada waktu yang terluang.




1 comment:

achik yg kuat sgt membebel.. said...

huuuu...bestnya dpt wat cmni...xprnh merasa pon...hahaha...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...