Monday, May 24, 2010

PEPATAH MENGIKUT KESESUAIAN ZAMAN

Dewasa ini, banyak pepatah boleh diberi penambahanbaikan dari masa ke masa. Nak cakap mengarut 2 ada juga, hahahaha... Tapi bila difikirkan semula, dengan menggunakan ayat2 yang sedikit mengarut nie, boleh buat sorang pembaca 2 gelak tak henti2.. hehehe.... Jom baca Pepatah ini, saya pasti anda mesti gelak:

  1. Telajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang tak ada gear undur,.. maaf ya…
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi.
    Sudahlah jatuh, ditimpa pula tangga, lepas itu tercium pula tahi ayam.
  3. Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
  4. Harimau mati meninggalkan belang, isteri meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
  5. Sebab mulut, santan binasa sebab mulut juga… nasi pun habis.
  6. Biar putih tulang jangan kuning gigi(gosok,jangan tak gosok tau).
  7. Kalau tiada angin masakan pokok boleh berbau walupun tak berbunyi.
  8. Malang tak berbau tapi mulut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  9. Biar mati bini jangan mati anak(boleh kahwin lagi apa!).
  10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak.
  11. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  12. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, lama-lama jadi letih.
  13. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri, kahwin lagi satu.
  14. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau tak sudi, boleh blah…
  15. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap.
  16. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman…
  17. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu, lebih baik tak payah hujan.
  18. Biar lambat asalkan perlahan.
  19. Kalau tiada rotan, pelempang sajalah.
  20. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
  21. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri…


2 comments:

MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...
This comment has been removed by the author.
MuHaMMad JaiMeH =jayjay= said...

lawak3.... pecah perut dibuatnya...hahaha...
tpi apa yang dikatakan nie betul juga..
hehehee
=)

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...